ISU DAN KONFLIK PERUNDANGAN DALAM HIBAH HARTANAH DI MALAYSIA

Issues and Legal Conflicts Related to Hibah of Immovable Properties in Malaysia

Authors

  • Rabi'ah Muhammad Serji KUIS
  • Rohimi Shapiee UKM

Keywords:

Sistem Torrens, Hibah, Konflik Perundangan, Undang-Undang Tanah, Kanun Tanah Negara 1965

Abstract

Hibah (gift inter vivos) is a contract of voluntarily giving property of a person to another during his lifetime without any consideration. Hibah is considered valid as long as it fulfills all the required elements. However, legal conflicts would be arose if the property involved in the hibah is immovable property because the law provides that the said transfers should follow the procedures under the National Land Code 1965. The National Land Code 1965 was drafted based on the Torrens principle whereby the registration is considered important in every land dealings. According to theTorrens system, the registration of the land will gave effect of indefeasibility of title to the registered owner. In other words, every land dealings should be registered to ensure its validity. Although the matter pertaining hibah is under the jurisdiction of the Syariah Court, but the procedures of transfers of the immovable property are still under the National Land Code 1965. A conflict of law will arise in the issue of revocation of hibah from a father to his children which is basically permissible in Islam. The issue is whether the donee which is a registered owner could be forced to return back the property to the donor. Thus, this paper will identify the issue of revocation of hibah and the legal conflict that arose in hibah of immovable property in Malaysia. The method used was library research and document analysis. The finding shows that there is a legal conflict between Syariah Court jurisdiction and section 340 of the National Land Code 1965. Even the Civil Court had impliedly recognized the revocation of hibah, but there is no statutory exceptions regarding hibah in the National land Code 1965.

Abstrak

Hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang individu secara sukarela kepada individu yang lain semasa tempoh hayatnya tanpa sebarang balasan. Hibah dianggap sah apabila memenuhi syarat-syarat sah hibah. Isu dan konflik perundangan akan timbul sekiranya hibah yang dilakukan melibatkan hartanah kerana urusan pemindahan hak milik daripada pemberi hibah kepada penerima hibah perlu dilakukan dengan mematuhi prosedur pindah milik tanah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kanun Tanah Negara 1965. Kanun Tanah Negara 1965, digubal dengan mengguna pakai Prinsip Torrens iaitu suatu prinsip yang sangat mementingkan pendaftaran dalam setiap urus niaga tanah yang dilakukan. Mengikut Sistem Torrens, pendaftaran sesuatu urus niaga tanah akan memberi kesan pemilikan yang tidak boleh disangkal kepada individu yang namanya tercatat di dalam daftar. Setiap urusan berkaitan tanah yang dilakukan perlu didaftarkan bagi menjamin kesahannya. Sebarang pertikaian yang wujud berkaitan hibah adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah namun prosedur pindah milik hibah hartanah adalah dengan mematuhi Kanun Tanah Negara 1965. Oleh itu, sekiranya berlaku penarikan balik hibah yang mana ianya diharuskan oleh Islam sekiranya melibatkan hibah seorang bapa kepada anak, ianya sedikit sebanyak akan menimbulkan konflik perundangan. Adakah penerima hibah hartanah yang merupakan pemilik tidak boleh disangkal boleh dipaksa untuk memulangkan kembali harta hibah kepada pemberi hibah. Kertas kerja ini akan mengenal pasti isu dan konflik perundangan yang wujud dalam hibah hartanah di Malaysia. Kaedah yang digunakan adalah kajian kepustakaan dan analisis dokumen. Kajian mendapati wujud konflik perundangan dalam hibah hartanah melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan juga seksyen 340 Kanun Tanah Negara 1965. Walau pun Mahkamah Sivil mengiktiraf penarikan balik hibah, namun tiada peruntukan khusus di dalam Kanun Tanah Negara 1965 yang memperuntukkan pengecualian kepada kes-kes berkaitan hibah hartanah.

 

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ahmad Ibrahim (1990), Undang-undang Harta Tanah dari Perspektif Islam, Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Undang-undang Harta Tanah: Pendekatan Islam, Anjuran Institut Penilaian Negara (INSPEN), Bandar Baru Bangi.

Ainul Jaria Maidin et. al. (2008), Principles of Malaysian Land Law, Singapore: Lexis Nexis.

Das, SK, (1963), TheTorrens System in Malaya, Singapore: Malayan Law Journal.

Joshua Kevin Sathiaseelan, (2006), Prinsip-prinsip Penting Perundangan Tanah di Malaysia, Kuala Lumpur: Lexis Nexis.

Hussein Hassan, (2002), Contracts in Islamic Law: The Principles of Commutative Justice and Liberality, Journal of Islamic Studies, Jil.13(3).

Ibrahim Lembut, (2003), Sistem Pengagihan Harta Pusaka Islam, Kuala Lumpur: JAIM & MAIM,

Mohd Zamro Muda, (2008), Instrumen Hibah: Analisis Hukum dan Aplikasi di Malaysia, Kertas Kerja dibentangkan di Konvensyen Faraid dan Hibah Kebangsaan 2008, 7 Ogos 2008, anjuran JAKIM, bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Nasrul Hisyam Nor Muhamad, (2011), Hibah dalam Undang-undang Islam. Prinsip dan Amalan, Johor Bahru: Penerbit UTM Press.

Naziree b Md Yusof, Hibah dan Aplikasinya di Malaysia, (2006) Shariah Law Report xxxviii.

Noor Lizza Binti Mohamed Said, Mohd Ridzuan Bin Awang, Amir Husin Bin Mohd Nor, (2010), Qabd Dan Hukum Penarikan Balik Hibah, Jurnal Muamalat Bil. 3.

Ridzuan Awang, (1994), Undang-undang Tanah Islam; Pendekatan Perbandingan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rusnadewi bt Abdul Rashid, Noor Inayah bt Yaakub, (2010), Hibah: Isu Pindah Milik dan Pembatalan Hibah Hartanah di Bawah Kanun Tanah Negara, Shariah Law Report xiv.

Rusnadewi bt Abdul Rashid, Noor Inayah bt Yaakub, (2011), Konflik Bidang Kuasa Mahkamah Dalam Hibah, Wasiat, Wakaf dan Pusaka Selepas Pindaan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan, Shariah Law Report xx, Vol. 1.

Salleh Buang, (1993), Undang-undang Tanah di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Salleh Buang, (2007), Malaysian Torrens System, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Syarbini, Al-Khatib, (1978), Mughni al Muhtaj, Jil 2, Beirut: Dar al-Fikr.

Al-Zuhayli, Wahbah, (1997), Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Jil.5, Damsyik: Dar al-Fikr.

Published

2018-06-30

How to Cite

ISU DAN KONFLIK PERUNDANGAN DALAM HIBAH HARTANAH DI MALAYSIA: Issues and Legal Conflicts Related to Hibah of Immovable Properties in Malaysia. (2018). Journal of Muwafaqat, 1(1), 84-101. https://www.muwafaqat.uis.edu.my.kuisjournal.com/index.php/journal/article/view/76

Similar Articles

1-10 of 62

You may also start an advanced similarity search for this article.

Most read articles by the same author(s)